Monday, May 20, 2013

KEJOHANAN MERENTAS DESA 2013

Kejohanan Merentas Desa diadakan pada 14 Febuari 2013 (Khamis) di Dataran SK Kg Nail. Aturcara Kejohanan Merentas Desa bermula jam 7.30 pagi. Majlis ini di rasmikan oleh Tuan Guru Besar SK Kg Nail.

Kejohanan Merentas Desa ini juga turut berkerjasama dengan Balai Polis Kuala Besut, ini  adalah untuk menjaga keselamatan pelajar semasa menjalankan aktiviti ini..Warga Sk Nail dan Pengawal Keselamatan sekolah juga memainkan peranan penting untuk aktiviti ini..Syukur alhamdulillah aktiviti dapat dijalankan dengan jayanya..

Catatan markah atau pemenang adalah mengikut darjah dan rumah pasukan masing2...Kejohanan Merentas Desa ini dimenangi oleh pasukan rumah Hijau..taniah diucapkan........

Dengan kerjasama semua pihak Kejohanan Merentas Desa ini dapat berjalan dengan lancar dengan adanya ahli jawatankuasa yang diaturkan oleh pihak sekolah..

Objektif Kejohanan adalah :-
1.  Melahirkan individu yang sihat dan cergas.
2.  Menyemai perasaan cinta alam sekitar dan menghargainya.
3.  Memupuk semangat kesukanan dan bekerjasama dalam satu pasukan.
4.  Mengalakkan interaksi murid dengan masyarakat setempat.
5.  Mencukil bakat murid melalui aktiviti sukan yang di harapkan satu hari nanti dapat memberi sumbangan pada negara.





No comments:

8 April 2019 ( Isnin )  SK Kampung Nail( SKIL ) telah menerima  kunjungan mesra  Yang Berbahagia Ustaz Mahmood bin Kassim Setiausaha Poli...