Monday, May 20, 2013

KEJOHANAN MERENTAS DESA 2013

Kejohanan Merentas Desa diadakan pada 14 Febuari 2013 (Khamis) di Dataran SK Kg Nail. Aturcara Kejohanan Merentas Desa bermula jam 7.30 pagi. Majlis ini di rasmikan oleh Tuan Guru Besar SK Kg Nail.

Kejohanan Merentas Desa ini juga turut berkerjasama dengan Balai Polis Kuala Besut, ini  adalah untuk menjaga keselamatan pelajar semasa menjalankan aktiviti ini..Warga Sk Nail dan Pengawal Keselamatan sekolah juga memainkan peranan penting untuk aktiviti ini..Syukur alhamdulillah aktiviti dapat dijalankan dengan jayanya..

Catatan markah atau pemenang adalah mengikut darjah dan rumah pasukan masing2...Kejohanan Merentas Desa ini dimenangi oleh pasukan rumah Hijau..taniah diucapkan........

Dengan kerjasama semua pihak Kejohanan Merentas Desa ini dapat berjalan dengan lancar dengan adanya ahli jawatankuasa yang diaturkan oleh pihak sekolah..

Objektif Kejohanan adalah :-
1.  Melahirkan individu yang sihat dan cergas.
2.  Menyemai perasaan cinta alam sekitar dan menghargainya.
3.  Memupuk semangat kesukanan dan bekerjasama dalam satu pasukan.
4.  Mengalakkan interaksi murid dengan masyarakat setempat.
5.  Mencukil bakat murid melalui aktiviti sukan yang di harapkan satu hari nanti dapat memberi sumbangan pada negara.





SAMBUTAN HARI MAULIDUR RASUL 2013


Sambutan Maulidur Rasul diadakan pada 4 Febuari 2013 (Isnin) di Dataran SK Kg Nail. Sambutan Maulidur Rasul pada tahun 2013 bertemakan "WASATIYYAH TUNGGAK KESATUAN UMMAH". Majlis ini di rasmikan oleh Puan Halimah Bt Awang Chik selaku Ibu Angkat SK Kg Nail. Perarakan Maulidur Rasul berlangsung pada jam 8.00 pagi sehingga 12.30 Tengahari.

           Sambutan Maulidur Rasul 2013 telah mengadakan banyak aktiviti da pertandingan kepada pelajar,jkkk kampung dan guru-guru. Pertandingan yang diadakan adalah pertandingan perarakan mengikut rumah sukan masing-masing, pertandingan mewarna tahap 1 dan prasekolah, pertandingan azan, pertandingan syair dan pertandingan bercerita.

                  Perarakan bermula pada jam 8.00 pagi yang disertai oleh pihak pentadbir sekolah dan pengerusi pibg, rumah sukan mengikut jkkk kampung dan prasekolah. Pertandingan perarakan ini di menangi oleh rumah biru tempat pertama, tempat kedua rumah merah, tempat ketiga rumah hijau dan tempat terakhir rumah kuning.

Objektif  Maulidur Rasul adalah :
1.  Memperingati hari kelahiran junjungan besar Rasulullah SAW.
2.  Memupuk semangat cintakan Rasulullah serta mencontohi akhlak dan sifat-sifat terpuji Baginda.
3.  Melahirkan masyarakat yang bersemangat juang/berjihad ke jalan Allah seperti yang ditunjukan oleh Rasulullah S.A.W.
4.  Menginsafi perjuangan dan cabaran yang ditempuhi oleh Rasulullah dalam menegakkan agama Islam.
5.  Menjadikan Rasulullah sebagai role model dalam kehidupan harian.


    Semua warga SK Kg Nail mengucapkan ribuan Terima Kasih kepada semua yang turut membantu menjayakan program Sambutan Maulidur Rasul..Kepada Ketua Balai Polis Kuala  Besut dan JKKK Kampung.






8 April 2019 ( Isnin )  SK Kampung Nail( SKIL ) telah menerima  kunjungan mesra  Yang Berbahagia Ustaz Mahmood bin Kassim Setiausaha Poli...